Once Upon A Time ^_^

Assalamualaikum...
Dah lama rasanya Miss A tak post entry-entry baru kann? Keletihan bekerja yang buatkan Miss A tade mood nak update belog comot ni. hummph. Entry kali ni Miss A nak citer pasal masa silam Miss A yang berkaitan dengan seseorang. 

Masa zaman sekolah menengah dulu , Miss A tinggal kat Teluk Intan and I've met dengan sorang boy ni. Nama dia Ahmad Bilal. Kami kenal sejak darjah 6 lagi. 1 sekolah time tuu + 1 kampung. Tapi kami selalu bergaduh. Dia selalu kutuk tomboi kat Miss A. *Masa budak-budak dulu Miss A memang berambut pendek je tp tak lah pendek sgt smpai nmpk macam budak lelaki. -.-
Then , tanpa mengalah dan berdiam diri , Miss A kutuk dia balik pondan sebab muka dia jambu macam nak gegirl sikit. padan muka kau ! HAHA. Masa tu mana reti nak bercintan cintun bagai tak macam budak-budak sekarang kannn. :P 

Pergaduhan kami berlarutan hingga lah ke sekolah menengah. Tapi kami dah tak sama sekolah sebab Miss A sekolah kat SMK Convent *perempuan semua* dan dia sekolah kat SMK St. Anthony *lelaki semua* .
Miss A sangat bencikan dia and vice versa. Tapi pada suatu hari masa balik sekolah kami bertembung and pada saat dan ketika tuu Miss A terasa lain bila pandang dia. Heartbeat selalunya dup...dap...dup...dap.. tapi masa tu jadi duuppduupppdappdapppdappp...duuupppduupppduuppppdappdapppdappp.. peh , laju gila siot! Tapi dia tak tau laa kann rasa macam mana. But i think dia tade pape perasaan pun. huhu

Lepas pada kejadian tu , Miss A jadi malu nak bertembung dengan dia. Seingat Miss A kejadian tuu berlaku masa Miss A form 3. See , form 3 baru pandai gatai suka kan orang. HAHA. Yes , i admit dia lelaki pertama yang Miss A pernah suka. Oke laa boleh dikatakan first love laa tapi Miss A just diamkan diri. Dia tak tau pun Miss A pernah fall in love with him. Until now i guest. Kira Miss A ni bertepuk sebelah tangan je lah. 
Setiap kali kami bertembung , mesti ejekan yang Miss A terima daripada dia. Tapi Miss A tak beralah , Miss A mesti balas balik punya. Walaupun dalam hati time tuu punya laa caiyaq tengok muka dia yang jambu tuu..kih3. 

After SPM , my family and i pindah ke Penang. Tempat kampung halaman my mom. Sejak dari tu , kami dah tak berjumpa. So sad for me n so gald for him i'm sure! huhu. Then , nak dijadikan cerita kenduri kahwin kakak Miss A diadakan di Teluk Intan. Its been a year Miss A tak balik sana. Banyak perubahan dan kemajuan dah Teluk Intan masa tuu. Truly, bergetar jugak masa hari kenduri tu takut terserempak dengan dia lagi walaupun masa tuu Miss A sudah mempunyai kekasih hati. :P Cammon laa korang , his my first love kott. Susah nak lupa walaupun suka dalam diam. huhu. Tapi Miss A buat-buat cool je. Khemah kenduri pulak didirikan dekat dengan rumah dia. Memang confirm laa terserempak dengan dia. Tapi Miss A buat-buat tak nampak je. hihi. Then , tengah sibuk buat kerja tetiba adik Miss A datang. 

Adik : Angah2 , ada orang kirim salam.
Me   : Sape ?
Adik : Amat . *Ahmad
Me   : ha ?? dia salah orang kutt.
Adik : Takkk . Dia cakap "tolong kirim salam dengan kakak ye. bukan yang pengantin tuu , tapi yang sorang 
          lagi" . Kami 3 beradik ja so sah-sah lah untuk aku salam tuu. :))
Me   : erm , oke. Wa'alaikummussalam. muka slumber and sambung balik buat kerja. *dalam hati .. 
          yaabeduubeduu!!! hahaha

Peh , still ingat lagi kott dialog between me n my sis. hahaha. k, sambung cerita. After that case, kami dah start senyum antara satu sama lain bila bertembung. But , the sad part is sampai situ sahaja. No next step dari dia untuk mengenali Miss A dengan lebih dekat. :( Kemudian , lepas selesai kenduri semua , Miss A pun balik ke Penang semula.

Now i'm 22 years old dan sudah mempunyai pilihan hati sendiri walaupun bukan dia and I'm happy with my life now. :') 
Miss A tak nak berharap pada si dia yang tak tau lagi apakah dia betul-betul sukakan Miss A atau tidak. Life must go on right ? 

Until then , sayonara ~

Nota kaki : tetiba teringat lagu Ahmad nyanyian si Salwa tuu.. HAHA . :)




2 comments:

  1. jom join !
    http://dakvanila.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-ainasyafiqah.html

    ReplyDelete