Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum...





 Gambar kenangan Miss A dengan arwah abah. :') Arwah dah meninggalkan kami sekeluarga hampir 10 tahun disebabkan menghidap kanser. Ingat lagi yang kami terpaksa berpindah ke Bangi sebab arwah mendapat rawatan di hospital Universiti Malaya dan kami adik beradik terpaksa berpisah. Yong menumpang dirumah Maktok &Tokwan di Penang. Manakala Miss A dan adik terpaksa menumpang dirumah Mak Ude di Bangi. Hampir setahun lebih arwah dirawat dihospital tersebut dan sentiasa ditemani Mak Miss A.  Tapi Miss A dah ingat-ingat lupa tentang peristiwa tuu sebab masa tu Miss A berumur 11 tahun dan adik baru berumur 5 tahun. Masa tu ingat main je. huhuhu. Kemudian , lepas doktor mengatakan arwah abah dah tade harapan lagi kami 1 family balik ke rumah asal arwah abah iaitu rumah Atok & Opah Miss A kat Teluk Intan dan arwah abah menghembuskan nafasnya yang terakhir dirumah Atok.

Sejujurnya cakap Miss A masih tak puas nak merasa kasih sayang seorang bapa. Apatah lagi adik kan. Miss A akui Miss A laa anak yang paling manja dan rapat dengan arwah abah. Masa hari arwah 'pergi' , Miss A rasa macam tade berlaku pape. Tak menangis pun. Tapi Miss A takut sebab takut abah jadi hantu. HAHA. See, pemikiran kanak-kanak time tuu. Tapi sekarang baru Miss A terasa kehilangan seorang abah.

Miss A cemburu bila tengok kawan-kawan Miss A yang lain. Mintak la apa saja pun , cepat atau lambat abah-abah dorang pasti akan tunaikan. Tak kiralah dari segi apa bentuk sekalipun. Tapi Miss A nak dapatkan   sehelai baju pun kena berusaha sendiri cari duit. Bukan tak boleh mintak kat mak , tapi Miss A kesian tengok mak. Miss A tau, mak sendiri pun tak cukup duit dengan nak tanggung perbelanjaan rumah , adik sekolah lagi. Suatu masa tu , ada kawan Miss A yang asyik bercerita tentang kehebatan , kebaikan abahnya. Miss A sedih sangat-sangat masa tu. Tapi tak tunjuk laa depan dia yang kita ni sedih.

Arwah abah seorang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab. Semoga arwah abah tenang disana. Abah , angah bangga ada abah sebagai abah angah. Abah lah yang terbaik sedunia ni & diakhirat juga. InsyaAllah. Walaupun hanya 12 tahun angah bersama abah , angah dah bersyukur sangat-sangat  sebab angah masih berpeluang dapat rasa kasih-sayang yang abah bagi. :')

Miss A bukan nak salahkan takdir atau apa-apa sahaja. Miss A cuma ingin meluahkan apa yang terpendam dan sangat rindukan arwah. Selamat Hari Bapa. AlFatihah ~


No comments:

Post a Comment